Skop Loadreading – Bacaan Beban Voltan Rendah

RM2,430.00 Including SST 8%

Kursus ini dirangka khas kepada pekerja TNB Bahagian Distribution Network dan juga Kontraktor Perkhidmatan Bumiputera (KPB) yang mendapat kontrak melakukan kerja-kerja pengambilan bacaan beban voltan rendah di pencawang-pencawang TNB. Bagi peserta TNB yang menyelia kerja-kerja pada voltan rendah dan pasukan KPB yang mempunyai sekurang-kurangnya sijil Chargeman A0 adalah diberi keutamaan menyertai kursus ini.

Dalam kursus ini para pelatih akan didedahkan dengan akta, peraturan dan garis panduan terkini berkaitan pengambilan bacaan beban voltan rendah. Keperluan untuk menggunakan pakaian perlindungan diri yang sesuai juga akan diterangkan di dalam latihan ini kerana ia melibatkan bekerja pada sistem HIDUP dan MATI. Penekanan akan diberikan ketika membuat kerja-kerja pada sistem HIDUP kerana peserta terdedah dengan kemalangan elektrik jika tidak patuh kepada arahan keselamatan yang diberikan.

Kursus ini merangkumi pengajaran secara teori dan hands-on di mana penilaian akan dilakukan secara amali dan ujian teori sepanjang proses latihan ini berjalan. Calon perlu LULUS ke semua ujian penilaian.

Harga Kursus

  • Seorang – RM2,250

Platform : Bersemuka, Ilsas Bangi

Maklumat lanjut:

  • Rohaya Atan, Tel : 03 -8922 7357 / Email : rohaya.atan@tnb.com.my
  • Abdul Wafi Abdul Kadir Jilany, Tel : 03 -8922 7222 – Ext-6246 / Email : wafi.kadir@tnb.com.my

PARTICIPANT INFORMATION (REQUIRED TO FILL IN)

 

DISCLAIMER: I declare that all the declarations made as above are true. ILSAS will not be responsible for the refund of the registration fee in the event of course cancellation.

DISCLAIMER: Personal Data Protection Act (Please refer this link: https://tnbilsas.com.my/privacy-policy/)

 
SKU: N/A Categories: , ,

Discount per Quantity

QuantityDiscountPrice
2 +RM300.00RM2,106.00 Including SST 8%

Description

Objektif

  • Menafsirkan akta dan peraturan berkaitan kerja pengambilan bacaan beban voltan rendah di peti pembekal dan LVDB berdasarkan Garis Panduan Pengambilan Bacaan Beban Voltan Rendah 2019.
  • Mempraktikkan pemakaian keperluan perlindungan diri yang sesuai mengikut kerja-kerja di tapak sama ada di dalam keadaan sistem bekalan HIDUP ataupun MATI.
  • Menunjukkan tatacara kerja pengambilan bacaan beban voltan rendah dengan betul mengikut proses kerja yang diberikan kepada setiap pasukan.

Apa yang akan dipelajari?

  • Pengenalan Bacaan Beban Voltan Rendah
    • Peralatan
    • Aksesori
  • Amalan Kerja Selamat pada LV Load Reading
    • Aturan Keselamatan Elektrik (AKE) & KPD
    • Pengurusan Risiko di Tempat Kerja
    • HIRARC
    • Pengurusan LSR di Tempat Kerja
  • Akta dan Garis Panduan Pengambilan Bacaan Beban Voltan Rendah
    • Akta dan Pekeliling berkaitan
    • Permit Kerja
    • Audit
  • Proses Kerja Pengambilan Bacaan Beban Voltan RendahY
    • Teori
    • Amali Hands-on
  • Prosedur Pengambilan Bacaan Beban Pada Data Logger
  • Penyimpanan Rekod Data Dalam Sistem ILMAS
    • Teori
    • Demonstrasi
  • Case Study on LV Load Reading
    • Discussion
    • Pesentation
  • Ujian Bertulis

* After completing all the courses under scope of work substation the participant will be given Kad Akuan Competensi

Term & Condition :
**Cancellation or postpone 14 or less days from program commencement 100% training fee penalty charge will be imposed.
**Cancellation or postpone 15 – 30 days from program commencement 50% training fee penalty charge will be imposed.

Additional information

Date

29-31 May 2023 – TNB ILSAS Bangi, 3-5 Julai 2023 – TNB ILSAS, Bangi

Tarikh 2024

5-7 FEBRUARI 2024 – TNB ILSAS, BANGI, 19-21 MAC 2024 – TNB ILSAS, BANGI, 4-6 DISEMBER 2024 – TNB ILSAS, BANGI

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.